Wednesday, March 5, 2014

Intro

HALLOOOO!! I'm back to blogging! Selepas sekian lama aktif di Twitter dan di Facebook, aku rasa Blog adalah medium terbaik untuk meluahkan rasa. :)

Well. Inspirasi untuk kembali berblog datang waktu tengah beli syawarma kat kedai Syria kat Tir'ah tu. Waktu tu terfikir yang aku akan merindui ni semua bila balik Malaysia for good nanti. Walaupun sekarang memang nafikan  dan tak suka duduk sini sangat. Tapi mana tahu satu hari nanti kan. Bila dah takde, baru nak rindu.

PLUS!! Rasa terkilan sebab semua data dalam iphone4s dan laptop aku hilang selepas upgrade dan format. Memang bertingkek-tingkek musibah menimpa aku dalam masa sehari. Aku taktahu la macam mana semua benda yang dah di backup dekat itunes boleh hilang. Dan juga semua data dalam laptop boleh hilang selepas format, padahal semua data tu bukan dekat partition C. Kawan aku cakap tak pernah lagi kalau format laptop, dia kacau partition selain C. Ni first time dia dengar. Sobss. Bila aku cakap semua, maksudnya semua gambar aku ambil pun dah takde. Huaaa *nangis laju-laju*.

So. Terus lah rasa nak buat blog balik. Nak ambil gambar banyak-banyak pastu nak post kat sini. Nak abadikan semua kenangan kat Mesir kat sini. Terutama sebab aku dah final year. Ade lebih kurang setahun je lagi kat sini. Nak harapkan brain folds aku je simpan semua, memang tak boleh lah. Kang tersangkut je kat situ, tak keluar-keluar XD

Enjoy reading my sweet and sour life, peeps! :)

p/s: Semoga Allah beri ku kekuatan dan semangat untuk terus update blog ni dari semasa ke semasa :)

No comments:

Post a Comment